Insan yang ingin berkongsi maklumat terkini mengenai dunia semasa dengan kalian. Kearifan dan kebijaksanaan allah kurniakan ingin dititipkan diruangn virtual ini. Mohon kalian memberi petunjuk dalam menjalankan misi da'wah melalui alam maya ini. Ruangan ini tidak difokuskan kepada generalnya tetapi akan dimuatkan segala informasi terkini dalam bentuk da'wah dimata komuniti. Semoga kita adalah ummah sejagat yang bakal dan akan dipayungi rahmat Sang Pelukis Dunia Semesta..
Intipati
Aplikasi Computer Dalam Kehidupan
Hiasi interface wajah dengan menundukkan pandangan. Jaga monitor pancaindera dengan perkakasan keimanan. Defrage ketulan hati dengan asuhan Al-Quran dan zikrullah. Scandisk amalan dengan uswatun hasanah. Clean up partition dosa² lama dengan taqarrub padaNYA... Scan virus hasutan iblis laknatullah dengan benteng iman dan keyakinan padaNYA. Refresh lah kecintaan hakiki padaNYA dengan segera dan selalu memohon keampunan NASUHA. Copy, Cut dan Paste akhlak mulia sahabat beriman. Restart lah kehidupan sementara yg seakan-akan temporary internet files yang sebelumnya dibelenggu cookies kejahatan dan noda. Clear history lama dalam recycle bin dunia... Ayuh... restartlah atau ctrl + alt + delete segala kegelapan.. Sucikanlah dirimu dengan 4 perkara: “Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, Dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu”.
Membantu Kawan Ketika Kesempitan
Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Menegur Kesilapan Kawan di atas Perkara yang Benar
Ubadah Ibn As-Samit berkata: Rasulullah SAW mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya. Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah. (Hadis riwayat Muslim).
Hindari daripada Berkawan dengan yang Buruk Perangai dan Akhlaknya
Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan dikenali sepertinya.”
Sabda Baginda lagi : “Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).
Bersahabat Dengan Orang yang Bertakwa dan Beriman
Sabda Baginda bermaksud: “Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).