بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Sinaran sayup memancar menyuluh langkah untuk meneruskan perjuangan di Bumi Allah.Ingin kucuba untuk berdiskusi dihening pagi yang bahagia ini tentang intipati hadith dan Al-Quran. Kewafatan Rasulullah SAW satu ketika dahulu meninggalkan kesan yang mendalm terhadap umat sejagat. Jika dikenagkan semula betapa ruginya diri ini tidak sempat untuk menatap kekasih sejati Allah. Sesekali terasa malu untuk melafazkan kecintaan terharap Rasulullah kerana diri seperti terhanyut dipersimpangan. Walau apa yang berlaku ku paksakan diriku jua untuk menyusun langkah untuk berdiri kepada yang hak dengan berlandaskan Al-quran. Meskipun ku tahu diri tak mampu dan setanding cintanya para sahabat kepada Rasulullah SAW.
Rasulullah tidak pernah lupa akan ummatnya sehinggakan dia memberikan wasiat yang sangat bernilai kepada ummatnya. Rasulullah pernah berkata aku tinggalkan wasiat kepada kamu bukan lah harta sepertmana manusia zaman sekarang. Apabila ditinggalkan wasiat harta mula lah berlaku pertelingkahan untuk mendapatkan hak harta masing-masing. Kubur sang waris masih merah disemadi, anak-anak bertelingkah merebut wasiat Allahyarham ayah. Betapa bijaknya Rasulullah mengatur mu'jizat yang diwahyukan kepadanya yang mana baginda meletakkan wasiat yang tak pernah disebut-sebut oleh sekalian makhluk. Aku tinggalkan 2 wasiat untuk kamu beramal soleh dan beroleh petunjuk dariNya iaitu Al-quran dan As-sunnah.'
Sebagai pengajaran dalam mentelaah Al-quran kita tentu akan mendapat hak atau ganjaran dari Allah SWT. Jangan pernah seharipun meninggalkanya. Dengan kaedah baca Al-quran tersebut kita akan mendapat segala ketengan jiwa, hati dan nurani. Jadikan lah Al-quran sebgai pembela kita dihari kiamat kelak. Sesungguhnya ada dua golongan yang Al-quran akan berhujah kepada kita. Iaitu Al-quran ini akan menjadi حجة لنا atau حجة علينا dihari kebangkitan kelak?حجة لنا yang mana kita akan berhujah dengan Al-quran dan memebela nasib kita di jalan sirtalmustaqim tapi lain pulak dengan حجة علينا yang mana Al-quran akan berhujah terhadap kita tentang apa yang kita telah lakukan kepadanya iaitu ketika kita lalai, leka, bak kata quran akan buat apa yang kita dah buat padanya ketika dibumi Allah.
Daripada secebis diskusi ini dapat disimpulkan bahawa wasiat nabi ini tiada tolak bandingnya. Pilihan yang tepat jadikanlah ia sebagai حجة لنا di hari perhitungan kelak.
الله أعلم