Furqan

حجة علينا atau حجة لنا

بسم الله
  والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Sinaran sayup memancar menyuluh langkah untuk meneruskan perjuangan di Bumi Allah.Ingin kucuba untuk berdiskusi dihening pagi yang bahagia ini tentang intipati hadith dan Al-Quran. Kewafatan Rasulullah SAW satu ketika dahulu meninggalkan kesan yang mendalm terhadap umat sejagat. Jika dikenagkan semula betapa ruginya diri ini tidak sempat untuk menatap kekasih sejati Allah. Sesekali terasa malu untuk melafazkan kecintaan terharap Rasulullah kerana diri seperti terhanyut dipersimpangan. Walau apa yang berlaku ku paksakan diriku jua untuk menyusun langkah untuk berdiri kepada yang hak dengan berlandaskan Al-quran. Meskipun ku tahu diri tak mampu dan setanding cintanya para sahabat kepada Rasulullah SAW. 


Rasulullah tidak pernah lupa akan ummatnya sehinggakan dia memberikan wasiat yang sangat bernilai kepada ummatnya. Rasulullah pernah berkata aku tinggalkan wasiat kepada kamu bukan lah harta sepertmana manusia zaman sekarang. Apabila ditinggalkan wasiat harta mula lah berlaku pertelingkahan untuk mendapatkan hak harta masing-masing. Kubur sang waris masih merah disemadi, anak-anak bertelingkah merebut wasiat Allahyarham ayah. Betapa bijaknya Rasulullah mengatur mu'jizat yang diwahyukan kepadanya yang mana baginda meletakkan wasiat yang tak pernah disebut-sebut oleh sekalian makhluk. Aku tinggalkan 2 wasiat untuk kamu beramal soleh dan beroleh petunjuk dariNya iaitu Al-quran dan As-sunnah.'


Sebagai pengajaran dalam mentelaah Al-quran kita tentu akan mendapat hak atau ganjaran dari Allah SWT. Jangan pernah seharipun meninggalkanya. Dengan kaedah baca Al-quran tersebut kita akan mendapat segala ketengan jiwa, hati dan nurani. Jadikan lah Al-quran sebgai pembela kita dihari kiamat kelak. Sesungguhnya ada dua golongan yang Al-quran akan berhujah kepada kita. Iaitu Al-quran ini akan menjadi حجة لنا  atau حجة علينا dihari kebangkitan kelak?حجة لنا yang mana kita akan berhujah dengan Al-quran dan memebela nasib kita di jalan sirtalmustaqim tapi lain pulak dengan حجة علينا yang mana Al-quran akan berhujah terhadap kita tentang apa yang kita telah lakukan kepadanya iaitu ketika kita lalai, leka, bak kata quran akan buat apa yang kita dah buat padanya ketika dibumi Allah.   


Daripada secebis diskusi ini dapat disimpulkan bahawa wasiat nabi ini tiada tolak bandingnya. Pilihan yang tepat jadikanlah ia sebagai   حجة لنا di hari perhitungan kelak.


الله أعلم

DOA JAUHI WABAK


Influenza like Ilness (ILI)

Wabak terbaru Influenza like Ilness (ILI) serentak datang daripada Influenza A (H1N1),ikuti kupasan terkini daripada :
(http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20091005133946/Article/index_html)

"KUALA LUMPUR: Seramai 123 pesakit baru dengan gejala seakan influenza (ILI) dimasukkan ke hospital untuk rawatan manakala 106 kes lagi sudah dibenar pulang sehingga jam 9 pagi tadi.
Dalam tempoh sama, tiada kematian baru akibat Influenza A (H1N1) dilaporkan dan angka korban kekal pada 77 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata pada masa ini 743 kes ILI masih dirawat di 89 hospital, termasuk tujuh hospital swasta di seluruh negara.




"Daripada jumlah kes ILI yang sedang dirawat, hanya 66 pesakit atau 9 peratus adalah merupakan kes influenza A (H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal.
"Daripada 66 orang pesakit influenza A (H1N1) yang menerima rawatan di hospital, sebanyak 15 kes atau 23 peratus sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)".

Harap maklum..


CEREKA

 SAHABAT DUNIA AKHIRAT




Zhuuup2x...mataku sepantas kilat beralih kearah menu bar laptop...merenung sapa yang online dalam yahoo massenger semalam..mata melihat, otak berfikir, hati bergelora,mulut terdiam...
Malam tu rasa tak mampu nak menjalankan liku hidup...
Entah siapa yang add pulak ...ym sentiasa online ja...
Astaghfirullah...sahabat karibku dunia akhirat...bukan lama pun tak jumpa,bukan lama pun tak cakap, bukan lama pun tak telefon, tapi itulah sahabat...
Salam, Adilia menyapa aku..Wsalam...lama jgk aku tak balas .....
Bizz!!!! banyak kali perkataan itu berdentum-dentum dalam ruangan ym aku tapi no mood malam tu...
nak ym....
Adilia : Sahabatku, mengapa??
Tersedar chat itu sampai dalam kotak ym, aku terus balas soalan lazim yang sering ditanya Adilia jika terasa aku menyendiri..
Naluri Adilia terhadap persahabatan yang terbina sekian lama di jalan Allah ini amat terpaut di hatinya biarpun aku dalam keadaan sedih, gundah, gulana, suka, duka,ceria semua dah tersedia maklum..
A'sifah  : Tidak mengapa wahai sahabatku...aku dalam keadaan sihat dan dipayungi rahmatnya Alhamdulillah...
Terjalinnya ukhwah 3,650 hari ini mengajar segala erti hidup sehinggakan aku tidak dapat beralih pada soalan tersebut dalam keadaan terpaksa hati yang gundah pada malam itu aku serahkan hati sanubari ini untuk berterus terang apa yang berlaku terhadapku..tidak mampu aku menipu seorang sahabat
Adilia : sahabatku, aku tahu keadaanmu dalam gundah, aku tidak mahu sedikitpun sahabatku ini dalam keadaan demikian..bolehkah A'sifah rungkaikan gundah itu supaya kita sama-sama selesaikan..


A'sifah : Aku teringat ketika kita di bangku sekolah, di cafeteria yang serba indah dilakar oleh tangan-tangan seni bagai ditepi terjunan air yang hebat tapi ketika itu naluri aku tak sehebat air terjun itu...masih segar di ingatan...tiga sahabat seperti lahir dari 1 janin ibu yang sama.....aku menangis dan terus menagis kehibaan mengenangkan nasib yang Allah coretkan dalam hidupku...


Adilia : A'sifah, aku tak pernah lupa semua itu, ibu adalah segala-galanya bagi kita...sebaik atau seburuk mana pun dia adalah ibu kita...aku tahu selama ini A'sifah tertekan dengan kehidupan...tapi kita perlu tabah sahabat...kenapa? sakit ibu datang semula?


Dek kerana pertalian yang begitu rapat dengan penuh kebimbangan sahabat itu melemparkan soalan....


A'sifah : Tidak, ibu semakin sihat, Allah sentiasa memeliharanya (air mataku berlenangan terpancar wajah ibu tercinta) tapi....Adilia jangan rasa aku happy,suka,gelak,tawa itu adalah aku yang sebenar...luaran aku memang begitu tetapi dalam benak hatiku hanya sang pelakar dunia ini yang tahu hak dan batilnya....Aku dah semakin tak kuat untuk menghitung bebanan....


Adilia: Mana A'sifah yang Adilia kenal selama ini...seorang mujahidah yang kuat, tabah, berani??? Ingat A'sifah masih ada abah yang selalu mengharapkan sokongan dari A'sifah...tanpa A'sifah mungkin abah juga tak sekuat sepertimana sekarang. Menempuh onak duri memperjuangkan keluarga yang dicintai...
A'sifah pernah bercerita dulu, yang abah hampir putus asa dengan keadaan ibu yang sakit itu...kalau A'sifah mampu menaikkan balik semangat abah tentu A'sifah boleh kuat terhadap diri sendiri....pernah tutur kata dilempar dari mulut A'sifah abah monolog.." ketika abah melamar ibu 20 tahun dulu, abah merasakan kesempurnaan seorang isteri terhadap sang suami... elok,baik,sempurna,solehah...tapi dalam keadaan begini tidak akan sama sekali abah tinggalkan ibumu begitu saja, abah akan korbankan tulang empat kerat ini menyembuhkan penyakit ibu kamu"....(abah tersandar didinding ruang tamu rumah, merebahkan diri perlahan-lahan lalu titisan mutiara putih berderai dipipi dek terkenag nasib sang isteri tercinta)


penyakit ibu tidak mampu pulih sepenuhnya,,cinta abah terhadap ibu begitu mendalam sehinggakan tidak sanggup mendengar Doktor memberi keputusan terhadap penyakit ibu....abah mengambil keputusan untuk berubat melalui dukun/bomoh....beratus dukun yang salah bepuluh dukun sahaja yang berjaya mengubat penyakit ibu....
Berminggu-minggu abah masakkan lauk yang sama..bila tibanya aku di rumah penat dan keletihan balik sekolah rendah menjamah sahaja apa yang ada sekali sekala menitis air dipinggan acopal yang ibu beli satu ketika dulu...
Aku nak ibu aku macam dulu......ceria,baik,penyayang,tegas, semua ada padanya.....


Adilia : Ada ramai lagi yang tak ada ibu....Kita kena bersyukur sebab allah bagi juga ibu pada kita biarlah ibu kita dlam keadaan begitu...kita berusaha menyembuhkan dia tapi Allah Maha Agung dan Mengetahui setiap susunaturnya di dunia. A'sifah...kalau nak tahu hamba yang diuji itu adalah hamba yang Allah paling....sayang


A'sifah : Betul ka wahai sahabatku? Allah sayang ka pada ku sebab dia bagi aku dalam keadaan begini....???


Adilia : Ya Allah.... A'sifah adalah golongan yang Allah sayang la kalau macam tu...sentiasa diuji tahap keimanan dan kekuatan A'sifah....disebabkan ujian itu kita akan sentiasa mendekatkan diri pada Allah memohon kekuatan..........


A'sifah : Syukran sahabatku....persahabatan ini mengajar aku sejuta kefahaman tentang kehidupan yang fana ini...


Terngiang nasyid UNIC "Sebuah Pertemuan"......


ketika diri mencari siniar....
secebis cahaya menerangi laluan...
adakalanya langkahku tersasar...
tersungkur dilembah kegelapan...
bagaikan terdengar bisikan rindu mengalun kalimah menyapa keinsafan...
kehadiranmu menyentuh kalbu menyalakan obor pengharapan....
tika ku kealpaan kau bisikan bicara keinsafan, kau beriku kekuatan...
saat aku kehilangan keyakinan,
kau nyalakan harapan, saat aku meragukan keampunan Tuhan...
kau katakan rahmatnya mengatasi segala...
Menitis air mataku keharuan  kepada sebuah pertemuan...
kehadiranmu mendamaikan...hati yang dahulu keresahan...........(seterusnya)


Adilia : Tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan, walaupun maut menjadi noktahnya..seorang SAHABAT sejati menjadi doa sudaranya walaupun tanpa bayangnya dan terus tetap setia dihati...insyaAllah...


A'sifah : Hari-hari yang berlalu..tentunya disisimu teman-teman yang lebih baik dari aku,namun ketahuilah apa yang aku ada hanyalah satu hati yang mendoakan kebahagiaan dirimu selalu....


Adilia : SAHABAT satu nama penuh makna, ia hadir tika tawa, ia datang tika duka. Tiada pada cinta pada lafaz, hanya ada pada kejujuran menyulami hati...hanya keikhlasan menyirami jiwa, kebaikan dihargai...kesalahn dimaafi...andai itu dinamakan sahabat...bajailah ia moga kekal abadi...


A'sifah : Teman, dijalan Allah ini pershabatan ini bukan milikku dan bukan milikmu, persahabatn ini adalah perancangan, Allah yang mengetahui segala rahsia kerana dialah aku mengenalimu, dan kerana dia telah menetapkan aku dan kau 1000 kenagan bersama....Persahabaatn ini sudah pasti akan terisi dengan nilai kasih sayang...semoga persahabatan ini kekal untuk selamanya....


Adilia : Teman yang baik adalah apabila setitis air mata temanya menjadi satu leka yang parah dihatinya dan seukir senyuman menjadi cahaya seluruh hidupnya..


A'sifah :Pernah hati ini terguris dgn fitanah yang menghiris hingga terasa diri ini terhina kerana tiada siapa yang sudi membela...kutabahkan hatiku harungi hidup... walaupun tiada siapa menemani..keseorangan aku dilakukan sepi...ditinggalkan mereka yang aku percayai...namun ku tahu ada hikmahnya setiap segala yang menimpa diri ini kuserahkan segala padamu tuhan yang berkuasa dan mencipta...Ya allah aku tak terdaya lagi menahan dugaan yang mencabr ini...terasa noktah kutemui mengakhiri segala yang telah aku muali..ya Allah kaulindungi aku berkati aku dengan limpah iman agar dapat aku harungi dugaan ....agar aku tak berhenti dipertengahan...


ym itu diakhiri dengan ucapan kata hikmah dari sahabat kepada sahabat yang sentiasa dihati..


A'sifah : Selamat Hari Lahir Sahabatku yang ke22....Semoga sentiasa dirahmati Allah dalam menjengah kedewasaan usia ini...1 hari Allah akan bagi soalan cepu emas pada Adilia....Apa amalan kamu dalam usia kamu sekian,sekian?
Apa yang aku harapkan kau jawab soalan allah itu dengan selancar-lancarnya, seyakin-yakinnya...pintaku ketika itu jangan kau lupa menoleh kebelakang menjengah, mencapai sahabatmu....jangan biarkan aku sendirian pimpinlah, papahlah, genggamlah tanganku erat-erat untuk bersama mendapat teket ke jannah yang Allah sediakan untuk kita...  
Jangan pernah terlintas untuk pergi berseorangan ,,,capai tanganku untuk melangkah bersama ya sahabat...
Assalamuaalaikum..


Adilia : syukran kerana menjadi sahabatku jua..Insya Allah kita bertemu kerana Allah berpisah keranaNya..Wsalam


Jarum minit dan saat bersepakat berdiri tegak diatas numbor12,  hati yang pilu diubati oleh seorang sahabat...
Ya Allah pelihralah persahabtan ini.. Amiiiin
Klik..klik...hujung jari telunjuk mengarahkan mouse sign out ym.....


nukilan,
Ratap

JIHAD BUSINESS


TAN SRI ALI HASHIM
Chief Executive Officer of Johor Corporation (JCorp),


Dalam ruangan ini saya hanyutkan anda kata-kata daripada seorang ahli perniagaan Muslim terunggul di Malaysia yang mengetengahkan tentang Jihad Business. Bersandarkan Hadith Rasulullah S.A.W “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi) maka beliau cuba menggarapkan Islamic Corporat juga mampu menandingi Conventional Corporat seantero dunia.
Ikuti discusi ini dipetik dari : http://www.businessjihad.com/?p=1568


" Alhamdulillah, semakin ramai kita lihat ahli bisnes dan sektor korporat yang secara ikhlas dan bermurah hati menderma dan bersadakah. Tujuannya ialah untuk membantu anggota masyarakat yang daif dan yang memerlukan, termasuk mereka yang ditimpa bencana, yang menderita oleh penyakit luar biasa, yang ditimpa kemalangan dan seumpamanya.


Semua ini dilakukan oleh bisnes dan korporat dalam usaha menjayakan Tanggungjawab Sosial Korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) mereka. Kini, CSR semakin dipandang serius oleh syarikat dan korporat.


Sebenarnya, manfaat dari langkah amal kebajikan melalui CSR ini akan turut melimpah kepada umat Islam amnya dan kepada agama Islam itu sendiri. Jelas sekali bahawa segala sumbangan ikhlas CSR sekaligus meninggikan imej dan nama baik Islam, terutama di kalangan bukan Muslim. Ini sangat penting kerana imej Islam di mata dunia telah terjejas teruk. Hari ini Islam dipandang rendah dan negatif oleh ramai bukan Muslim khasnya, apabila umatnya kelihatan terlibat dengan keganasan, pembunuhan dan konflik.


Jelas sekali bahawa CSR seperti ini harus diperhebatkan. Kebetulan pula syarikat dan bisnes besar-besaran, termasuk GLC dan korporat gergasi, mempunyai keupayaan istimewa dalam melakukan amal kebajikan secara besaran seperti ini.

Johor Corporation (JCorp), misalnya, telah selama lima tahun berturut-turut menjayakan program ”Tijarah Ramadhan” yang diterbitkan setiap petang sebelum berbuka puasa di TV1. Program yang dijayakan bersama JAKIM dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), turut melibatkan sumbangan besar syarikat-syarikat JCorp sendiri, selain dari syarikat dan agensi serta institusi lain.



Tijarah Ramadhan turut memberi peluang kepada orang ramai bersama menyumbang menerusi SMS kepada Tabung Tijarah Ramadhan yang telah didirikan sejak 2005. Bagi Ramadhan tahun ini dijangka RM350,000 akan dapat dikutip untuk dipanjangkan kepada fakir miskin dan mereka yang layak dari berbagai kaum, agama dan keturunan.di seluruh pelusuk negara.


Penglibatan syarikat dan sektor korporat di dalam usaha murni seperti ini sangat penting. Siapa lagi yang paling berupaya menghulurkan bantuan secara berterusan, kalau tidak sektor korporat dan syarikat-syarikat besar.


Sistem ekonomi kapitalis yang kita terima dan amalkan memudahkan lagi golongan kaya untuk melipat gandakan kekayaan. Yang miskin dan daif pula kerap terketepi dan dikesampingkan. Syukurlah di negara seperti Malaysia terdapat perasaan timbang-rasa yang kuat yang diinspirasikan oleh Islam untuk merapatkan jurang antara kedua golongan ini. Bisnes yang diurus mengikut kaedah Islam pasti akan mengutamakan program CSR untuk menuju ke arah itu.


Bagi saya, CSR paling penting ialah CSR yang benar-benar membawa manfaat kepada semua golongan masyarakat, khasnya CSR yang dapat membela nasib serta melindungi kepentingan golongan majoriti yang berpendapatan rendah dan berada di luar sektor bisnes tanpa mengira kaum, agama dan keturunan. Golongan ini terutamanya, harus dilindungi supaya tidak terus diketepikan dan dikesampingkan oleh sistem ekonomi kapitalis yang kerap rakus, kebendaan dan berkepentingan keterlaluan peribadi.


Dalam hal ini, Kumpulan Johor Corporation mensifatkan tanggungjawab asas CSR baginya perlu diteraskan kepada perjuangan untuk membela dan melindungi nasib golongan yang daif dan miskin secara profesional dan tersusun. Program ini pula disalurkan menerusi pendekatan yang dianjurkan oleh Islam, dan untuk itu, JCorp telah menubuhkan Waqaf An Nur Corporation Berhad (WANCorp) untuk mengendalikannya. Menerusi program CSRnya yang berkesan dan meluas JCorp, melalui WANCorp, bersedia turun menyusur akar, merapatkan hubungan dengan golongan masyarakat bawahan yang paling memerlukan bantuan dan pembelaan.


Antara contoh-contoh besar amalan CSR oleh JCorp yang dikendalikan menerusi WANCorp ialah rangkaian Klinik Waqaf An-Nur yang mengenakan bayaran cuma RM5 sahaja untuk rawatan doktor serta bekalan ubat untuk pesakit di 8 buah Klinik dan sebuah Hospital Waqaf bertempat di seluruh negara.


Perlaksanaan CSR menerusi rangkaian Klinik Waqaf ini telah memberikan manfaat kepada hampir 500,000 pesakit berpendapatan rendah sehingga akhir Julai, 2009. Yang menarik perhatian, lebih 28,000 pesakit adalah terdiri daripada bukan Muslim, sekalipun sebahagian besar klinik-klinik Waqaf An Nur adalah didirikan di pekarangan masjid-masjid. Mesej utama yang disampaikan di sini ialah bahawa Islam tidak cuma melindungi kepentingan dan kebajikan umat Islam secara eksklusif, dan masjid pula bukan berperanan untuk ibadah formal semata-mata.


JCorp telah sengaja memilih jalan waqaf untuk menyampaikan manfaat CSRnya kerana ia adalah jalan yang dianjurkan oleh Islam, dan akan memperbaiki imej Islam. Demikian juga dengan program CSR JCorp yang lain, banyak dijayakan menerusi WANCorp. Program menanam minat berniaga di kalangan generasi muda, misalya, turut dijadikan agenda penting WANCorp. Program ini telah dijadikan program CSR utama, bertujuan merapatkan jurang ekonomi yang boleh mengancam perpaduan negara. Sampai bila pun jurang ekonomi tidak akan dapat dirapatkan, selagi generasi muda dari golongan bawahan yang tidak bermodal dan berpengalaman tidak diberi peluang bisnes untuk menjadi eksekutif atau usahawan dan jutawan satu hari nanti.


Agenda ini WANCorp jayakan menerusi program ”Bisnes Untuk Berdikari”, atau lebih dikenali sebagai ”BISTARI” di sekolah-sekolah, dengan kerjasama penuh Jabatan Pelajaran. Program ini termasuk Didik BISTARI untuk murid-murid sekolah rendah, Tunas BISTARI untuk pelajar sekolah menengah dan Siswa BISTARI bagi pelajar-pelajar di IPTA terpilih.Sejak lebih 16 tahun dilaksanakan, BISTARI telah membawa manfaat kepada lebih 17,000 orang pelajar.


Akhir-akhir ini pula satu mainan CATUR BISTARI telah diperkenalkan. Ia bertjujuan menggalakkan pelajar dan remaja mendekati bisnes menerusi permainan yang sekaligus membimbing mereka supaya berusaha menjayakan bisnes dan berdikari mengikut landasan nilai mulia dan dengan penuh beretika dan bertimbangrasa. Pertandingan CATUR BISTARI peringkat nasional dengan kerjasama KFC Holdings Malaysia Bhd akan diadakan setiap tahun, dengan hadiah lumayan, termasuk sebuah kereta dan wang tunai beribu ringgit sebagai hadiah kumpulan.


Akhirnya, program CSR JCorp/WANCorp yang paling penting ialah program CSR Islam bertujuan menegakkan keadilan dan menentukan supaya impak daripada sistem kapitalis itu sendiri dapat diperbaiki. Pembaharuan boleh dilakukan, misalnya, dengan menampilkan GLC dan agensi bisnes milik Kerajaan sebagai pemegang amanah mewakili kepentingan golongan masyarakat bukan bisnes supaya dapat mengseimbangkan sistem, dan menentukan ia tidak terus menerus cuma didominasi oleh golongan korporat swasta dan mereka yang kaya dalam masyarakat.


Untuk melengkapkan program CSR Islam, JCorp telah pun mengutarakan konsep Jihad Bisnes dan Waqaf Korporat (yang diasaskan kepada WANCorp), yang bertujuan mencorak semula sistem sosio-ekonomi mengikut acuan Islam.


Pengalaman JCorp dalam tempoh lebih 30 tahun sudah cukup untuk membuktikan kewibawaan konsep Jihad Bisnes dan Wakaf Korporat ini. Kewibawaan ini terbukti apabila WANCorp benar-benar membawa manfaat kepada semua menerusi program CSR Islamnya. Ia juga terbukti apabila JCorp juga turut berjaya sebagai sebuah organisasi korporat. Alhamdulillah, sejauh ini JCorp cemerlang dalam bisnes, hingga berjaya memiliki saham tersenarai di pasaran saham bernilai RM5.2 bilion pada akhir Jun, 2009. Syarikat dalam Kumpulannya pula berjumlah lebih 260 buah kesemuanya, yang memberi peluang pekerjaan kepada lebih daripada 60,000 ribu warga kerja.


Usaha membela nasib golongan bawahan akan terus JCorp utamakan. Kesemua harta kekayaan milik JCorp adalah amanah, dengan tujuan, satu hari nanti, insya Allah, akan diwaqafkan menerusi WANCorp untuk kepentingan besar masyarakat amnya, dan untuk manfaat semua, turun temurun, berkesinambungan generasi demi generasi".


Muhammad Ali,
(9 September, 2009)

Ukhwah Rasulullah & Abu Bakar

Persahabatan Rasulullah SAW dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat akhir zaman dalam memperjuangkan agama. Ia sewajarnya dijadikan panduan bagi umat Islam memilih kawan yang baik. Keutamaan Abu Bakar di mata Rasulullah dijelmakan menerusi sabda Baginda bermaksud: “Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat sekaliannya, nescaya akan berat lagi keimanan Abu Bakar.” (Hadis riwayat al-Baihaqi).
Rasulullah SAW juga meluahkan isi hatinya kepada Abu Bakar seperti dinaqalkan dalam buku susunan Syed Ahmad Semait, Sepuluh Yang Dijaminkan Masuk Syurga, katanya: Semoga Allah merahmatimu! Engkau adalah sahabatku! Engkau telah membenarkanku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah membantuku ketika orang lain membiarkanku, engkau telah beriman kepadaku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah mententeramkan hatiku ketika hatiku sedang dalam keadaan keluh kesah. Sesungguhnya tiada siapa pun, biar apa pun sekali yang dilakukannya buat diriku yang dapat menyamai apa yang dibuat olehmu.”
Allah SWT memilih Abu Bakar sebagai teman karib Rasulullah SAW dalam mendokong usaha dakwah amat bertepatan sekali.




-nurjeehan.web-

FurQan

JELAJAH & TERJAH



HONG KONG(HK) sebuah tempat yang menarik,indah dan cantiknya yang dilakar Sang Pencipta.Tanah yang dipenuhi lautan dan ditimbun menjadi segunung lampaian menjengah angkasa.Dititip dengan bangunan pencakar langit menerjah kehebatan bandar metropolitan.
Tiket dijadualkan berlepas pada 16/6,0900a.m bertolak,Departure Hall,KLIA.24 peserta bakal menerjah misi alam ditengah lautan..
Subhanallah...banyaknya?tingginya?hebatnya?apa tu...?Monolong: "macam tak pecaya dah ada tengah lautan China".
Titik keringat membuah hasil lumayan dan memberi sejuta penghargaan dalam hidupku...
TERIMA KASIH ALLAH..

You Came To Me





You Came To Me

You came to me in that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me, took my breath away
Showed me the right way, the way to lead

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want is to be with you

You are my one true love
Taught me to never judge
Now all I want is to be with you

ALLAHUMA! Sal 'ala Sayideena Mustafa
'Alaa Habeebika Nabieeka Mustafa
(O God! Send Your Blessings upon our leader, the chosen one (Muhammad (peace upon him))
Upon Your Beloved, Your Prophet, the chosen one)

You came to me in a time of despair
I called on you, you were there
Without you what would my life mean?
To not know the unseen, the worlds between

For you I'd sacrifice
For you I'd give my life
Anything, just to be with you

I feel so lost at times
By all the hurt and lies
Now all I want is to be with you

Showed right from wrong
Taught me to be strong
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH (O Messenger of God (Muhammad (peace be upon him))

You came to me
In that hour of need
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want is to be with you

You are my one true love
Taught me to never judge
Now all I want is to be with you
 You Came To Me
by : Samy Yusuf

Dai'e

Ramadhan

Nabi Muhammad saw. bersabda,sabdanya dari Muslim... "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."
berpuasa enam merupakan hadiah 'extra' dari Allah pada kita setelah berjaya mengharungi 30 hari di bulan Ramadhan..pada enam hari nie, menjadi amalan sunat mengerjakan puasa 6 hari dalam bulan Syawal...Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal mana2 kekurangan dalam amalan fardhu.

"Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya.." Amin.