Furqan

"Memperkasa Insan Secara Holistik"


Akan diusahakan dengan izinNya..Insya-Allah....

SANGSI DAN MENYAYAT HATI

Firman Allah, maksudnya:

"MANUSIA BERTANYA KEPADAMU TENTANG HARI BERBANGKIT (KIAMAT). KATAKANLAH: SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN TENTANG (DATANGNYA) KIAMAT ITU HANYA ADA PADA SISI ALLAH." DAN TAHUKAH KAMU (WAHAI MUHAMMAD), BOLEH JADI KIAMAT SUDAH DEKAT PADA WAKTUNYA." AL-AHZAB:63)
-Antara Tanda Kiamat...

* Tersebarnya perzinaan kerana mendapat izin rasmi kerana mendirikan tempat pelacuran/perzinaan oleh pemerintah


***oleh yang demikian lihat statistik anak zina di Malaysia:-


Pecahan mengikut negeri:
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang
Waliyazubillah....

EKSPLORASI NURANI



Penutup Tahun 2009, perancangan masih diteruskan untuk tidak aku mensia-siakan masa Ar-Rahman lapangkan untuk aku. Bersama sahabat-sahabat seperjuangan di bawah 1 bumbung pengajianku kini...perancangan yang hebat juga dari orang yang hebat.
Usul program Eksplorasi Nurani telah diketengahkan oleh seorang sahabat yang sentiasa memikirkan hasratnya untuk memperkasa insan secara holistik. Berbekalkan sedikit pengalaman yang ada..tidak juga setanding Pengarah Urusan Excel Training iaitu Dato' Fazilah Kamsah,  tidak pula sehebat Dato' Mashitah, tidak juga selunak Dato' Bahiyah yang mampu membuat si pendengar menitis mutiara jernih...dan tidak juga sehebat orang-orang ternama yang menempatkan nama di arena Latihan & bimbingan ini....Terasa diri sangat kerdil apabila diajak oleh sahabat menyertai Program Eksplorasi Nurani kali ini. Walaupun begitu...aku tak akan lepaskan peluang untuk menambah pengalamanku di arena pengajianku ini. Kalau nak ikutkan banyak lagi kerja lain yang ingin disiapkan diketika itu. Perlantikkan sebagai pengarah program tersebut membuatkan benak fikiranku lebih terbuka untuk mencari ilmu-ilmu untuk dimampatkan dalam dada. 3 hari 2 malam mengukir sejuta pengalaman, seribu kenangan, selaut kasih sayang antara para peserta di Sek.Men.Sri Andalas Klang Selangor. Sebak didada apabila aku menerima pelukan erat adik-adik peserta yang tidak sanggup berpisah denganku untuk meneruskan pengajian di kampus utamaku di Nilai. Hiba terasa mengenangkan memori detik pertemuan bersama insan-insan yang sangat memerlukan kasih sayang seorang kakak disisi...apakan dayaku Rabbul Izzati telah melakar segala ketentuan untuk ku.....melangkah perlahan keluar dari kawasan sekolah dengan dilambai tangan yang akan mengukir kerinduan antara dua khalifah iaitu adik dan kakan tercinta...Wahai Al-Wahab, engkau telah membuatkan hatiku tercuit rasa kasih dan sayang antara insan-insan ini, maka kau rapatkanlah ukhwah antara kami hingga ke akhirnya...kakak rindu kalian..

حجة علينا atau حجة لنا

بسم الله
  والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Sinaran sayup memancar menyuluh langkah untuk meneruskan perjuangan di Bumi Allah.Ingin kucuba untuk berdiskusi dihening pagi yang bahagia ini tentang intipati hadith dan Al-Quran. Kewafatan Rasulullah SAW satu ketika dahulu meninggalkan kesan yang mendalm terhadap umat sejagat. Jika dikenagkan semula betapa ruginya diri ini tidak sempat untuk menatap kekasih sejati Allah. Sesekali terasa malu untuk melafazkan kecintaan terharap Rasulullah kerana diri seperti terhanyut dipersimpangan. Walau apa yang berlaku ku paksakan diriku jua untuk menyusun langkah untuk berdiri kepada yang hak dengan berlandaskan Al-quran. Meskipun ku tahu diri tak mampu dan setanding cintanya para sahabat kepada Rasulullah SAW. 


Rasulullah tidak pernah lupa akan ummatnya sehinggakan dia memberikan wasiat yang sangat bernilai kepada ummatnya. Rasulullah pernah berkata aku tinggalkan wasiat kepada kamu bukan lah harta sepertmana manusia zaman sekarang. Apabila ditinggalkan wasiat harta mula lah berlaku pertelingkahan untuk mendapatkan hak harta masing-masing. Kubur sang waris masih merah disemadi, anak-anak bertelingkah merebut wasiat Allahyarham ayah. Betapa bijaknya Rasulullah mengatur mu'jizat yang diwahyukan kepadanya yang mana baginda meletakkan wasiat yang tak pernah disebut-sebut oleh sekalian makhluk. Aku tinggalkan 2 wasiat untuk kamu beramal soleh dan beroleh petunjuk dariNya iaitu Al-quran dan As-sunnah.'


Sebagai pengajaran dalam mentelaah Al-quran kita tentu akan mendapat hak atau ganjaran dari Allah SWT. Jangan pernah seharipun meninggalkanya. Dengan kaedah baca Al-quran tersebut kita akan mendapat segala ketengan jiwa, hati dan nurani. Jadikan lah Al-quran sebgai pembela kita dihari kiamat kelak. Sesungguhnya ada dua golongan yang Al-quran akan berhujah kepada kita. Iaitu Al-quran ini akan menjadi حجة لنا  atau حجة علينا dihari kebangkitan kelak?حجة لنا yang mana kita akan berhujah dengan Al-quran dan memebela nasib kita di jalan sirtalmustaqim tapi lain pulak dengan حجة علينا yang mana Al-quran akan berhujah terhadap kita tentang apa yang kita telah lakukan kepadanya iaitu ketika kita lalai, leka, bak kata quran akan buat apa yang kita dah buat padanya ketika dibumi Allah.   


Daripada secebis diskusi ini dapat disimpulkan bahawa wasiat nabi ini tiada tolak bandingnya. Pilihan yang tepat jadikanlah ia sebagai   حجة لنا di hari perhitungan kelak.


الله أعلم

DOA JAUHI WABAK